Thursday 29 January 2015

EGO

Assalamualaikum,..

Mulakan hari anda dengan senyuman..hahaha . Walaupun entry ni aku tulis waktu malam. Ok, there's one thing i want to share and talk about.

E G O - apa itu ego?

Dalam Hanguk (한국) ia disebut sebgai  자아 (jaa)- bermaksud conceit, self-satisfaction, self-conceit, swelled head, ego, egoism

Semua orang mesti ada ego masing-masing. Bermacam jenis ragam kau boleh nampak. Kita ni manusia, manusia punya bermacam rasa diberi tuhan. Tapi jangan sampai ego pada diri kita tu menghapus segala rasa. you got what i mean?

Bila dah buat salah, malu mahu minta maaf,
Bila dah rasa rindu, malu nak cakap. 
Bila mula rasa risau, malu nak tanya khabar.
Bila dah terhantuk, baru nak tergadah. 
Bila nasi pon dah jadi bubur......
semua benda dah tak guna kawan.

Kenapa aku cakap EGO boleh musnahkan perasaan yang tuhan berikan sebagai nikmat? Sebab nanti hati kau boleh keras. Keras serupa batu. Bukanlah aku nak cakap we all have to be perfect. TIDAK. Apa maksud aku ialah, why don't we try untuk rendahkan ego kita supaya tak rasa sesal kemudian hari.

Apalah susah sangat nak minta maaf bila dah buat salah? Reflek balik diri kita, dan terus ke orang yang kau buat salah tu. Mengaku yang kita salah. Minta maaf. Manusia ni kan, bila dengar perkataan minta maaf tu, tak banyak pon sikit mesti dia tersentuh.

Bila rasa rindu teruslah call manusia yang kau rindu tu.Mana tahu, dia pun tunggu panggilan dari kau, dia juga rasa rindu pada kau. Tak pun pergilah buat benda yang korang berdua selalu buat bersama. Jangan lengah, nanti lama-lama rasa tu mengcengkam hati baru kau rasa sakit.

Dah makan ke belum? Sihat ke tidak? Kau risau. Tapi kenapa senyap? Pergi lah jumpa dia. Tanya khabar dia.Kenapa nak tanya orang lain pasal dia, kau contact dia terus kan senang. Nanti tak da lah kau tertanya-tanya keadaan dia, sebab perasaan tu tak best langsung.

Ok. Sekarang dah fahamkan  apa yang aku nak maksudkan tadi. So, now, take a deep breath and rendahkan ego anda.







p/s: Manaip sambil bertemankan coklat panas dan lagu-lagu old school buat aku terimbau kenangan dulu. Ecehhhhhhhhhh




No comments:

Post a Comment